عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا ذَهَبَ ثُلُثَا اللَّيْلِ قَامَ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا اللهَ اذْكُرُوا اللهَ جَاءَتِ الرَّاجِفَةُ تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ جَاءَ الـمَوْتُ بِمَا فِيهِ جَاءَ الـمَوْتُ بِمَا فِيهِ، قَالَ أُبَيٌّ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي؟ فَقَالَ: مَا شِئْتَ. قَالَ: قُلْتُ: الرُّبُعَ، قَالَ: مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: فَالنِّصْفَ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ ، قَالَ: قُلْتُ: فَالثُّلُثَيْنِ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ: إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ. رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن صحيح، باب في الترغيب في ذكر الله….، رقم: 2457.

Sayyidina Ubai bin Kaʿab radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa apabila berlalu dua pertiga malam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam akan bangun (untuk tahajud) dan akan berkata kepada orang ramai, “Wahai manusia, ingatilah Allah subhanahu wa ta’ala, ingatilah Allah subhanahu wa ta’ala. Telah sampailah perkara yang menggoncangkan dan telah sampai juga perkara yang mengiringinya (maksudnya ialah masa tiupan sangkakala yang pertama dan selepasnya tiupan sangkakala yang kedua sudah hampir). Maut berserta segala kedahsyatannya telah datang. Maut berserta segala kedahsyatannya telah datang.” Lantaran itu Sayyidina Ubai radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin memperbanyakkan salawat kepada tuan. Daripada masa saya berzikir dan berdoa, sebanyak manakah masa yang patut saya tetapkan untuk saya bersalawat kepada tuan?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang hati kamu inginkan.” Saya bertanya lagi, “Ya Rasulullah, satu perempat?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang kamu inginkan. Sekiranya kamu tambah maka itu lebih baik kepada kamu.” Saya berkata lagi, “Jika separuh?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang kamu inginkan, jika kamu tambah lagi maka itu adalah lebih baik untuk kamu.” Saya berkata lagi, “Jika dua pertiga?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu tambah lagi maka itu lebih baik bagi kamu.” Saya pun berkata, “Jika demikian, saya jadikan seluruh masa saya untuk bersalawat kepada tuan.” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu lakukan demikian maka Allah subhanahu wa ta’ala akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah subhanahu wa ta’ala akan ampunkan segala dosa kamu.” (Tirmiżi)