Hadis 7

عَنْ رُوَيْفِعِ بْنِ ثَابِتٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مَنْ صَلَّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَقَالَ: اَللّٰهُمَّ أَنْزِلْهُ الْـمَقْعَدَ الْـمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِي. رواه البزار والطبراني في الأوسط والكبير وأسانيدهم حسنة، مجمع الزوائد: 10: 254.

Sayyidina Ruwaifiʿ bin Śabit radhiyallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang bersalawat kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membaca,

اَللّٰهُمَّ أَنْزِلْهُ الْـمَقْعَدَ الْـمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

maka syafaatku akan menjadi wajib untuknya.” (Bazzar, Ṭabarani: Majmaʿ uz-Zawaʾid)

Terjemahan: “Ya Allah, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam tempat yang hampir dengan-Mu pada hari kiamat.”

Hadis 72022-03-24T11:22:28+00:00

Hadis 6

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا ذَهَبَ ثُلُثَا اللَّيْلِ قَامَ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا اللهَ اذْكُرُوا اللهَ جَاءَتِ الرَّاجِفَةُ تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ جَاءَ الـمَوْتُ بِمَا فِيهِ جَاءَ الـمَوْتُ بِمَا فِيهِ، قَالَ أُبَيٌّ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي؟ فَقَالَ: مَا شِئْتَ. قَالَ: قُلْتُ: الرُّبُعَ، قَالَ: مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: فَالنِّصْفَ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ ، قَالَ: قُلْتُ: فَالثُّلُثَيْنِ، قَالَ: مَا شِئْتَ، فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ، قُلْتُ: أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ: إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ. رواه الترمذي وقال: هذا حديث حسن صحيح، باب في الترغيب في ذكر الله….، رقم: 2457.

Sayyidina Ubai bin Kaʿab radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa apabila berlalu dua pertiga malam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam akan bangun (untuk tahajud) dan akan berkata kepada orang ramai, “Wahai manusia, ingatilah Allah subhanahu wa ta’ala, ingatilah Allah subhanahu wa ta’ala. Telah sampailah perkara yang menggoncangkan dan telah sampai juga perkara yang mengiringinya (maksudnya ialah masa tiupan sangkakala yang pertama dan selepasnya tiupan sangkakala yang kedua sudah hampir). Maut berserta segala kedahsyatannya telah datang. Maut berserta segala kedahsyatannya telah datang.” Lantaran itu Sayyidina Ubai radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin memperbanyakkan salawat kepada tuan. Daripada masa saya berzikir dan berdoa, sebanyak manakah masa yang patut saya tetapkan untuk saya bersalawat kepada tuan?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang hati kamu inginkan.” Saya bertanya lagi, “Ya Rasulullah, satu perempat?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang kamu inginkan. Sekiranya kamu tambah maka itu lebih baik kepada kamu.” Saya berkata lagi, “Jika separuh?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang kamu inginkan, jika kamu tambah lagi maka itu adalah lebih baik untuk kamu.” Saya berkata lagi, “Jika dua pertiga?” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu tambah lagi maka itu lebih baik bagi kamu.” Saya pun berkata, “Jika demikian, saya jadikan seluruh masa saya untuk bersalawat kepada tuan.” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu lakukan demikian maka Allah subhanahu wa ta’ala akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah subhanahu wa ta’ala akan ampunkan segala dosa kamu.” (Tirmiżi)

Hadis 62022-03-24T11:15:57+00:00

Hadis 5

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً. رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن غريب باب ما جاء في فضل الصلاة على النبي رقم: 484.

Sayyidina ʿAbdullah bin Masʿud radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bersalawat ke atasku.” (Tirmiżi)

Hadis 52022-03-24T11:07:40+00:00

Hadis 4

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً. رواه البيهقي بإسناد حسن إلا أن مكحولا قيل لم يسمع من أبي أُمَامَة، الترغيب، 2: 503.

Sayyidina Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perbanyakkanlah bersalawat ke atasku pada setiap hari Jumaat kerana salawat umatku akan dibentangkan di hadapanku pada setiap hari Jumaat. Maka sebanyak mana seseorang itu bersalawat kepadaku sebanyak itulah dia akan hampir denganku (pada hari kiamat).” (Baihaqi: Targhib)

Hadis 42022-03-24T11:06:57+00:00

Hadis 3

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا الصَّلَاة عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَإِنَّهُ أَتَانِي جِبْرِيلُ آنِفًا عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقَالَ مَا عَلَى الأَرْضِ مِنْ مُسْلِمٍ يُصَلِّي عَلَيْكَ مَرَّةً وَاحِدَةً إِلَّا صَلَّيْتُ أَنَا وَمَلَائِكَتِي عَلَيْهِ عَشْرًا. رواه الطبراني عن أبي ظلال عنه وأبو ظلال وثق وَلَا يضر فِي الـمتابعات، الترغيب 2: 498.

Sayyidina Anas radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hendaklah kamu memperbanyakkan membaca salawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sebentar tadi Jibrail ‘alaihis salam datang kepadaku dari sisi Allah subhanahu wa ta’ala membawa berita bahawa sesiapa daripada orang Islam yang ada di atas muka bumi yang bersalawat ke atasmu sekali maka pasti Aku akan menurunkan untuknya sepuluh rahmat dan para malaikat-Ku akan mendoakan keampunan untuknya sepuluh kali.” (Ṭabarani: Targhib)

Hadis 32022-03-24T11:06:07+00:00

Hadis 2

عَنْ عُمَيْرٍ الْأنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ صَلَّى عَليّ مِنْ أُمَّتِي صَلَاةً مُخْلِصاً مِنْ قَلْبِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بهَا عَشْرَ صَلوَاتٍ وَرَفَعَهُ بِهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ. رواه النسائي في عمل اليوم والليلة، رقم: 64.

Sayyidina ‘Umair Ansari radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa sahaja daripada umatku yang bersalawat ke atasku dengan hati yang tulus ikhlas maka Allah subhanahu wa ta’ala akan menurunkan ke atasnya 10 rahmat, dan sebagai balasannya ditinggikan sepuluh darjat, dituliskan untuknya sepuluh pahala dan dihapuskan sepuluh dosa.” (ʿAmal ul-Yaum wal-Lailah)

Hadis 22022-03-24T11:04:37+00:00

Hadis 1

وَرُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ. رواه الترمذي باب ما جاء في فضل الصلاة على النبي رقم: 484.

Dinukilkan dalam satu riwayat bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang bersalawat ke atasku sekali maka sebagai balasannya Allah subhanahu wa ta’ala menurunkan sepuluh rahmat ke atasnya dan menulis untuknya sepuluh pahala.” (Tirmiżi)

Hadis 12022-03-24T11:05:16+00:00
Go to Top