Barakat Makkiyyah
Kitab Barakat Makkiyyah adalah kitab himpunan salawat karangan Syaikh Musa Ruhani Bazi rahimahullah. Kitab yang penuh keberkatan ini menghimpunkan sebanyak 805 nama-nama Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sehingga kini kitab ini diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia dan ramai juga di antara mereka yang telah merasai kerberkatannya.
Pengenalan Pengarang Barakat Makkiyyah
Muqaddimah ini membincangkan mengenai kehidupan seorang yang sangat alim, yang memiliki kefahaman yang sangat luas, merupakan seorang muhaddiś yang agung, mufassir yang hebat, faqih yang sangat memahami hukum hakam, sasterawan, pengarang dan penulis yang telah mengarang banyak kitab dan tulisan yang masyhur Syaikh Musa Ruhani Bazi rahimahullah dan juga tentang peninggalan ilmiah beliau yang berkekalan dan khidmat-khidmat beliau untuk agama.
Keterangan kitab Barakat Makkiyyah
Terdapat banyak penerangan yang telah dibuat berkaitan dengan kitab Barakat Makkiyyah ini. Dengan membaca keterangan-keterangan ini akan menambahkan keyakinan kita untuk mengamalkan kitab yang penuh dengan keberkatan ini.
Kaedah bacaan Barakat Makkiyyah
salawat-salawat di dalam kitab ini boleh dibaca dengan 3 kaedah bacaan seperti berikut:
- Kaedah pertama mengikut hizib yang dibahagikan kepada 7 bahagian dalam masa 7 hari.
- Kaedah kedua mengikut thuluth yang dibahagikan kepada 3 bahagian dalam masa 3 hari.
- Kaedah ketiga membaca keseluruhan salawat dari mula hingga akhir dalam masa satu hari.